Sunday, August 8, 2010

Jadikan inovasi, kreativiti budaya hidup

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Rakyat terutama golongan muda diseru menjadikan inovasi dan kreativiti sebahagian budaya hidup.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, untuk itu, ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi perlu didalami dari semasa ke semasa.
Katanya, ia sejajar dengan kemajuan dunia kini yang menuntut setiap orang tanpa mengira usia supaya sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan.

"Kita (rakyat) Malaysia perlu bangun daripada tidur, merebut peluang dan melaksanakan budaya inovasi dan kreativiti sebagai sebahagian daripada budaya hidup kita," katanya.
Beliau berucap pada majlis penyampaian Anugerah Usahawan Muda Kreatif JCI 2010 (Junior Chamber International) ke-4 di sini malam tadi.

Teks ucapannya dibacakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

Tiga pemenang iaitu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Otomotif College Sdn. Bhd., Adelaine Foo, Ketua Pegawai Eksekutif All Cosmos Industries Sdn. Bhd., Datuk Tony Peng serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Media Sdn. Bhd., Datuk Ricky Wong akan mewakili Malaysia di Kongres Sedunia JCI di Osaka, Jepun November ini.
Anugerah Usahawan Muda Kreatif diperkenalkan pada 2005 di seluruh dunia oleh JCI sebagai acara tahunan badan tersebut.

Anugerah itu kali pertama diperkenalkan pada 2007 bertujuan memberi platform kepada usahawan muda kreatif bersaing di arena antarabangsa.

Anugerah itu juga dikelolakan bersama Flanders District of Creativity (FDC) dan diadakan di 100 negara di seluruh dunia.
Maximus berkata, Anugerah Usahawan Muda Kreatif merupakan platform kompetitif untuk rakyat Malaysia bersaing di persada antarabangsa melalui penglibatan dalam dunia keusahawanan.

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Related Posts:

  • inovasiPerkataan inovasi berasal daripada bahasa Latin dan pada asalnya membawa maksud ‘pembaharuan’. Kebanyakan orang mendefinisikan inovasi sebagai pembangunan teknologi baru, atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertent… Read More
  • Malaysia utamakan inovasi, kreativitiPROGRAM Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) Malaysia menjadi perkara yang dikongsi dengan negara lain pada Kongres Teknologi Maklumat Dunia (WCIT2010) di Amsterdam, yang baru berakhir. Ketika menyamp… Read More
  • Apa Itu Inovasi? Apa Itu Inovasi?Inovasi ditarifkan sebagai pengenalan produk (barangan atau perkhidmatan) atau proses yang baru atau yang ditambahbaik, atau, pengenalan kaedah pemasaran yang baru atau kaedah organisasi baru dalam amala… Read More
  • Jadikan inovasi, kreativiti budaya hidupKUALA LUMPUR 8 Ogos - Rakyat terutama golongan muda diseru menjadikan inovasi dan kreativiti sebahagian budaya hidup. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, untuk itu, ilmu pengetahuan d… Read More

0 comments:

Post a Comment